Mesti korang pernah dengar kan, istilah "KABEL".
Kabel: Merujuk dengan benak fikiran aku sendiri, bermakna bantuan yang korang gunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan melangkaui tata cara kebiasaan yang telah ditetapkan.
Korang pon mesti pernah laluinya kan? Kalau tak sendiri yangguna, kenalan yang guna. Nak masuk asrama penuh, nak masuk U dan kos yang hebat, nak cari kerja, nak cepatkan kerja. Kan kan kan?
Persoalan utamanya adalah, adakah KABEL itu boleh dikira sebagai rezeki?
Aku mengaku, dulu aku pon pernah tak puas hati dengan golongan-golongan yang bernasib baik kerana mempunyai KABEL ini. Manakan tidak, kita rasa dia tak layak pon untuk sesuatu tu, tetapi dengan bantuan hayat yang dia ada, dia berjaya mendapatkannya. Sakit hati kan?
Tetapi pada suatu hari, aku berada dalam satu majlis ilmu ni. terdapat seorang hamba Allah mengajukan pertanyaan mengenai hal KABEL ni. Habis je soalan tersebut, muka pendengar semuanya berubah, mungkin berasa bersalah sebab guna kabel? Atau juga mungkin berminat dengan jawapan Si Penceramah. Samalah dengan aku pon. Dalam otak aku, confirm Si Penceramah ni akan mengutuk perbuatan menggunakan KABEL ni.
Tetapi semuanya hancur. Agak kecewa dengan jawapan tersebut.
Disebabkan peristiwa ni dah lama, aku tak dapat nak petik secara tepatnya jawapan Si Penceramah tu. Lebih kurang beginilah : Tidak perlulah kita nak dengki dengan orang yang guna KABEL ni, tu rezeki dia dapat apa yang dia nak. Allah kan dah kata, kalau dah rezeki seseorang tu, tak kan terlepas ke tangan orang lain, kalau ditakdirkan bukan rezeki dia, KABEL sebesar kayu balak 4 pelukan pon, belum tentu dia dapat. Anggaplah tu rezeki dia. Redhalah. InsyaAllah kalau dah rezeki kita, tak kemana. Percaya lah dengan Janji Allah.
Jadi, mulai saat ini, janganlah kita dengki dengan golongan yang menggunakan KABEL ini. Redha lah. InsyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Ameen.