Wednesday, July 26, 2017

Kurus Yang Tak Bagus

Dulu gemuk? Sekarang dah kurus? Alhamdulillah.

Dulu badan macam tong dram, sekarang fit giler. Badan idaman berjaya dimiliki. Baguslah. Tapi ada satu benda yang aku tak suka.

"Masa gemuk, tutup habis"
"Dah kurus, dah fit, tunjuk habis"

Faham tak?

Macam tak pernah tengok kan, kisah-kisah inspirasi dalam alam maya, bergambar sana-sini. Siap jadi model lagi. Tudia.

Bukan dengki ye, tetapi sekadar menegur. Kalau kita kurus, badan fit sekalipon, aurat masih perlu dijaga. Kemana perginya 'kemaluan' yang dijaga semasa kita gemuk??

"Malulah pakai ketat-ketat, nanti nampak lemak"
"Gila kau nak pakai ketat, nampai la boroi aku ni"

Dah jadi kurus, semua kau tayang. Aurat entah kemana. Upload sana-sini. Yang perempuan dengan pakai baju ketatnya, yang lelaki dengan berseluar pendeknya dan tidak berbaju. Ya, aku tahu, kau nak tunjukkan kau dah kurus, nak tampilkan hasil kerja keras menurunkan berat badan. Nak jadi inspirasi kepada golongan-golongan yang obes ni.

Tetapi, apa salahnya, kekalkan jaga aurat walaupon dah kurus. Kena la beringat sikit, sekali di alam maya, mustahil nak delete balik. 

Aurat. Aurat. Aurat.
Share:

Monday, July 24, 2017

Bau Ketiak

Anda ada bau badan? Siapa yang tiada kan? Ke ada yang jenis badan tidak berbau? Mungkin ada.

Aku pon termasuk dalan kategori badan berbau, terutamanya ketiak. Hangit oooooo. Sejak zaman sekolah, deodorant lah peneman aku. Memang tak lekang la menggunakan deodorant. Pelbagai jenis, pelbagai jenama. Semua dah cuba. Nivea, Rexona, Romano, Axe dan banyak lagi la, tak larat nak senarai.

Tidak dinafikan, ianya membantu mengurangkan bau badan. Tapi itulah, sekadar mengurangkan bau sahaja. Kalau tak pakai, datang balik. Paling last aku pakai adalah, Rexona Men Motionsense Black+White. Last pakai pada November 2016. Lepastu aku tukar pakai benda lain.

Aku google-google apa yang boleh mengurangkan bau badan selain menggunakan deodorant tu. Mana tahan, ketiak dah semakin hitam. So, setelah lama menggoogle, akhirnya aku terjumpa artikel mengenai TAWAS. Ye, TAWAS. Klasik dan traditional kan. HAHA.

Bermula Disember 2016, aku menggunakan TAWAS, tiada lagi deodorant. Dipendekkan cerita, pada saat ini pon, aku masih menggunakan TAWAS. Beli je kat dalam market, murah je dalam RM 6 ke RM 10 satu KG kalau tak silap. Yang aku boleh bagitahu, tawas ni memang boleh menghilangkan bau ketiak korang tu. 

Cara penggunaan:

Aku selalu sapu ketiak aku dengan tawas waktu mandi petang atau malam. Pada waktu pagi aku tak guna, just mandi biasa dan guna minyak wangi. Itulah amalanku hari-hari. Aku berani katakan, ketiak aku pon dah mula cerah kembali, dan bau ketiak pon dah tiada, ibarat anda memakai deodorant yang mahal tu. Setakat ni aku berpuas hati dengan tawas.


Share:

Kabel Atau Rezeki?

Assalamualaikum.

Mesti korang pernah dengar kan, istilah "KABEL". 

Kabel: Merujuk dengan benak fikiran aku sendiri, bermakna bantuan yang korang gunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan melangkaui tata cara kebiasaan yang telah ditetapkan.

Korang pon mesti pernah laluinya kan? Kalau tak sendiri yangguna, kenalan yang guna. Nak masuk asrama penuh, nak masuk U dan kos yang hebat, nak cari kerja, nak cepatkan kerja. Kan kan kan?

Persoalan utamanya adalah, adakah KABEL itu boleh dikira sebagai rezeki?

Aku mengaku, dulu aku pon pernah tak puas hati dengan golongan-golongan yang bernasib baik kerana mempunyai KABEL ini. Manakan tidak, kita rasa dia tak layak pon untuk sesuatu tu, tetapi dengan bantuan hayat yang dia ada, dia berjaya mendapatkannya. Sakit hati kan? 

Tetapi pada suatu hari, aku berada dalam satu majlis ilmu ni. terdapat seorang hamba Allah mengajukan pertanyaan mengenai hal KABEL ni. Habis je soalan tersebut, muka pendengar semuanya berubah, mungkin berasa bersalah sebab guna kabel? Atau juga mungkin berminat dengan jawapan Si Penceramah. Samalah dengan aku pon. Dalam otak aku, confirm Si Penceramah ni akan mengutuk perbuatan menggunakan KABEL ni.

Tetapi semuanya hancur. Agak kecewa dengan jawapan tersebut. 

Disebabkan peristiwa ni dah lama, aku tak dapat nak petik secara tepatnya jawapan Si Penceramah tu. Lebih kurang beginilah : Tidak perlulah kita nak dengki dengan orang yang guna KABEL ni, tu rezeki dia dapat apa yang dia nak. Allah kan dah kata, kalau dah rezeki seseorang tu, tak kan terlepas ke tangan orang lain, kalau ditakdirkan bukan rezeki dia, KABEL sebesar kayu balak 4 pelukan pon, belum tentu dia dapat. Anggaplah tu rezeki dia. Redhalah. InsyaAllah kalau dah rezeki kita, tak kemana. Percaya lah dengan Janji Allah.

Jadi, mulai saat ini, janganlah kita dengki dengan golongan yang menggunakan KABEL ini. Redha lah. InsyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Ameen.
Share:

Saturday, July 15, 2017

Sup Telur Bersayur


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
1 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
2 biji kentang ( dipotong ikut suka)
1/4 batang carrot ( dipotong kecil)
1/4 batang celery ( dihiris nipis)
sedikit daun celery atau daun sup
garam
2 cawan air

Cara-cara:
  • Cincang/hiris/tumbuk halus bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau dan agak garing.

  • Selepas itu masukkan air, carrot dan batang celery (yang mana keras).

  • Setelah mendidih baru masukkan kentang dan suun, masak sehingga kentang empuk, perlahankan api, dan pecahkan 2 biji telur, kacau dengan cepat supaya telur hancur, biarkan seketika sehingga telur masak.

  • Sesuaikan rasa, masukkan garam dan setelah semuanya masak tutup api, akhir sekali taburkan hirisan daun celery atau daun sup sebagai hiasan.
Share:

Monday, July 3, 2017

Insuran

Insuran

Bercakap mengenai agen insuran, kadang-kadang aku naik angin jugak. Tak cukup kat Alam Maya, siap telefon lagi nak promot.

Untuk agen-agen sekalian, janganlah korang melampau dalam mempromosikan insuran korang. Ya, aku tahu insuran tu bagus, persediaan untuk kecemasan. Tapi pernah tak korang fikirkan orang yang tidak berkemampuan? Orang yang banyak tanggungjawab?

Apa yang korang tahu, dok sembang pasal accident, mati, masuk spital. Dok ulang yang tu je la. Aku bukan apa, kadang-kadang kesian jugak dengan orang yang tidak berkemampuan. Diaorang pon mestilah nak jugak tabung kecemasan macam yang korang gemburkan tu, tapi apakan daya, rezeki masing-masing. Si A sederhana, Si B kaya dan Si C cukup-cukup makan. Cubalah fahami.

Kalau dok tengok iklan-iklan insuran kat Alam Maya tu, pelbagai jenis ada. Tapi stau je persamaan, contoh yang korang letak tu, bukan untuk kategori bawahan, selalunya contohnya pertengahan di mana selalunya pendapatan seseorang tu hampir RM 2000 dan ke atas. Betul tak? So, disini korang pon tahu target korang kan? Jadi, apabila orang yang kau target tu menolak elok-elok, janganlah korang perli. Mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri.

Anggaplah tu bukan rezeki kau, carilah orang lain. Jangan memaksa.
Share:

Friday, April 14, 2017

Penkek Senang Sangat-Sangat



Bahan-bahan:

1 3/4 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan gula kastor


Cara Memasak:
  • Kacau susu segar, telur dan esen vanila dalam bekas atau jag.
  • Tapis tepung dalam bekas besar. Masukkan gula.
  • Tuangkan campuran susu tadi dan kacau sampai rata.
  • Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan minyak.
  • Setiap penkek memerlukan 1/4 cawan adunan.
  • Masak selama 2 minit, sampai nampak 'bubbles', balikkan dan masak lagi selama 1 hingga 2 minit.
  • Sedia untuk dihidang!



Share: